Monday, 26 March 2012

Pelajaran 4 : Cara buat mail merge

Pada minggu ke-6 kelas saya telah belajar cara nak guna mail merge.Mesti ramai yang masih tidak tahu apa fungsi mail merge yang terdapat dalam word document.Jadi pada kali ini saya tunjukkan cara untuk menggunakan mail merge secara asas

LANGKAH PERTAMA : buka word document. Kemudian klik insert 'table'


LANGKAH 2 : masukkan data yang kita mahu.sebagai contoh data keputusan peperiksaan.selepas isi date klik 'save'



LANGKAH 3 : guna word document bagi langkah seterusnya.sebagai contoh untuk penghasilan sijil daripada data peperiksaan yang di lakukan pada word document pertama.



LANGKAH 4 : seterusnya klik mailing,pilih start mail merge dan klik letters



LANGKAH 5 : Kemudian klik 'select recipient' dan pilih 'Use existing list..'


LANGKAH 6 : Pilih document yang pertama tadi.



LANGKAH 7 : Seterusnya kita boleh mula masukkan data mengikut maklumat yang kita perlukan.



LANGKAH 8 : setelah selesai masukkan data,klik 'finish & merge' dan anda boleh tengok hasilnya dengan klik 'preview result'


Monday, 19 March 2012

Rileks 1

Hari ni  kita rehat sekejap dan aku nak kongsi satu lagu yang bertemakan tempat lahirku langkawi.Dalam lagu ni semua tempat dan benda menarik di langkawi tersingkap dalam lirik lagu. Setiap kali dengar lagu ni aku teringat kampung kelahiran ku kira-kira 20 tahun dahulu.semoga yang mendengar enjoy dengan lagu langkawi ni.

Thursday, 15 March 2012

Pelajaran 3 : Cara ubah nama blog

Pada kelas minggu ini aku belajar cara nak tukar nama blog.jadi sesiapa yang nak tukar nama blog boleh la ikut cara tutorial dibwah.

1. mula-mula klik setting

2. Pastu boleh la edit nama blog yang korang suka dan sedap mata memandang,janji mematuhi undang-undang dan tak sentuh sensitiviti orang lain.


3. Kita juga katakan sesuatu tentang blog kita sebagai kata-kata seimbas lalu tentang blog kita.

4. Bila dah selesai semua yang di edit dan korang dah puas hati dengan nama baru blog korang,klik save change.siap blog korang.




Thursday, 8 March 2012

Pelajaran 2 : Cara buat blog (beginner)

Anda tahu cara buat blog? Saya percaya ramai di antara kita yang berminat untuk mempunyai blog sendiri dan sedang mencari-cari cara buat blog yang paling mudah dan pantas. Oleh yang demikian saya di sini ingin membantu anda untuk menunjukkan cara buat blog yang senang dan percuma. Anda akan memiliki sebuah blog lebih kurang dalam masa 30 minit dari sekarang.
Blog berasal dari perkataan web log iaitu aplikasi yang membolehkan pengguna membuat catatan (diari) secara atas talian (saya lebih suka perkataan dalam talian) atau online. Pada mulanya blog hanyalah berbentuk peribadi dan tidak digunakan secara komersial namun pada hari ini blog telah menjadi medium yang sangat penting dalam perniagaan, sosial dan juga politik.
Terdapat pelbagai platform yang boleh digunakan untuk membuat blog sama ada jenis hosted (banyak yang percuma dan ada yang berbayar)atau self-hosted (skrip percuma tetapi perlu sewa web hosting dan ada nama domain sendiri). Platform buat blog jenis hosted yang popular ialah seperti Blogger.com (Blogspot), TypePad, WordPress.com, LiveJournal, Tumblr, Weebly dan Blog.com. Platform buat blog jenis self-hosted yang popular pula ialah seperti WordPress.orgLifetype, b2evolution, Serendipity, PixelPost (untuk photoblog) dan  Movable Type.
Di antara yang disebutkan di atas, platform yang paling popular sekali digunakan untuk buat blog ialah Blogger.com yang dimiliki oleh Google dan juga blog WordPress.org. Walau bagaimanapun di dalam artikel ini saya hanya ingin menunjukkan cara buat blog dengan menggunakan platform Blogger.com (Blogspot) kerana ianya mudah untuk anda buat blog, mempunyai pelbagai template, ada pelbagai gadget dan siap disepadukan dengan program Google Adsense untuk anda menjana pendapatan dari blog anda.
Ok, untuk buat blog menggunakan Blogger.com, mula-mula anda perlu ke laman web mereka iaitu www.blogger.com. Sebaik sahaja masuk ke laman web tersebut anda akan bertemu paparan seperti di bawah.
create a blog
Sekiranya anda mempunyai akaun dengan Google anda boleh terussign in ke dalam akaun anda. Sekiranya anda belum mempunyai akaun Google, sila klik butang “Get Start” seperti paparan di atas. Setelah anda klik “Get Start” anda akan bertemu dengan paparan seperti di bawah. Sila isikan semua butiran yang diminta dan klik butang “Continue”
creating a google account
Selepas anda klik “Continue”, anda belum boleh buat blog anda. Anda perlu terlebih dahulu verify atau sahkan alamat email anda untuk tujuan pengesahan. Jadi sila semak inbox email yang anda masukkan sebentar tadi kerana Google akan menhantar email automatik kepada anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah klik pada link pengesahan yang ada di dalam email yang anda terima  dan anda akan dibawa ke halaman seperti di bawah.
email verified
Seterusnya klik pada link “Click here to continue” dan anda akan sampai kepada halaman seperti paparan di bawah ini.

Seterusnya klik pada butang “Create Your Blog Now” untuk mulakan tugas buat blog blogspot anda sendiri. Anda akan diminta memberikan nama untuk blog anda dan memasukkan alamat blog pilihan anda. Sekiranya alamat yang anda pilih telah digunakan, sila pilih alamat yang lain dan seterusnya apabila berjaya mendapat alamat yang diingini, masukkan kod verifikasi dan tekan “Continue”

Setelah itu anda kan sampai ke peringkat kedua untuk buat blog iaitu memilih template. Pilihlah template yang anda berkenan dan seterusnya “Continue”.
choose a template
Selepas anda klik “Continue” seperti di atas, anda akan menemui paparan seperti di bawah. Jadi, klik pada butang “Start Blogging”.
blog created
Selepas anda berjaya klik pada butang “Start Blogging” maka selesailah tugas saya untuk menunjukkan kepada anda cara buat blog dengan Blogger.com. Selepas itu anda bolehlah mulakan tugas anda menulis catatan (post) pertama di blog anda. Mula-mula masukkan tajuk catatan anda dan kemudian isi kandungan blog. Apa yang anda ingin tulis terserahlah kepada anda. Selepas selesai menulis anda klik butang “Publish Post” di bahagian bawah untuk siarkan catatan ataupun post anda. Contohnya seperti di bawah.

Untuk menjadikan blog anda sebuah blog yang aktif buatlah catatan baru 2 atau 3 kali seminggu atau sekurang-kurangnya seminggu sekali. Di samping itu rajin-rajinlah berkunjung ke blog rakan lain (blog walking) dan memberikan komen di blog mereka. Dengan cara ini anda dapat meningkatkan trafik (pengunjung) ke blog anda. Anda bleh menggunakan blog anda untuk tujuan sosial ataupun untuk blog perniagaan. Terserah kepada anda.

Wednesday, 7 March 2012

Pelajaran 1 : Cara Buat Akaun Gmail

Cara Buat Akaun Email GMail

1. Buka laman web GMail 
Taip gmail.com pada web browser. Nanti dia akan redirect pada Gmail.

2. Klik butang "Create an account"



3. Isi borang

  • Isi first name, last name. Isi login name yang dikehendaki, lepas tu tekan check availability. Kalau status login name yang dikehendaki tu available, maknanya ia boleh digunakan. Kalau not available, tukarlah login name yang lain.
  • Isi password, sekurang-kurangnya kena ada 8 huruf/nombor. Gabungan huruf dan nombor adalah password yang baik "strong".(Jangan lupa password email!!! login name pun jangan lupa jugak!)
  • Pilih satu security question yang anda suka, dan taip jawapan kepada soalan tersebut.
  • Recovery email tu, kalau kosongkan pun takpe.
  • Location: dah ada default.
  • Taip word verification dengan betul. Telek betul-betul ye.


4. Klik "I accept. Create my account"

5. Dah siap.
Dalam Inbox
*** Notes
Kadang-kadang Google mintak pengesahan identity melalui handphone. Ikut nasiblah. Tapi selalunya tak payahpun. Aku dah selalu create account GMail ni untuk kawan-kawan dan anak bini.. hehee.. cuma sekali jer kena verify melalui telefon.

Senang ajer. Bila kena verify, ada box macam kat bawah ni, pilih negara Malaysia dan taipkan nombor handphone dimulai dengan +60. Contohnya kalau nombor HP anda 0191234567 masukkan dalam tu             +60191234567      . Lepas tu tekan Send activation code to my mobile phone. Tak sampai seminit nanti Google akan bagi kita SMS mengandungi code.
Log in ke dalam GMail (Kalau dah log out) dan isi kan code verification tersebut. Click verify. Itu saja.

PENGEMBARAAN BARU EPPD1063

Assalamualaikum kepada semua pngunjung blog S5-Adib Nazmi EPPD1063.Tujuan blog ini diwujudkan adalah selari dengan kehendak kursus Aplikasi komputer (EPPD1063) yang ditawarkan khas kepada pelajar tahun 1 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) UKM Bangi. Justeru itu blog ini akan menceritakan tentang segala corat coret kehidupan ku dalam kelas yang diketuai pensyarah yang ku sayangi dan paling sempoi pernah aku jumpa en.Mohd Dzul Azzwan Bin Mohd Nor. Blog ini juga akan menceritakan segala yang aku pelajari dalam kelas.Harap blog ini dapat memberi serba sedikit ilmu kepada sesiapa yang mengunjunginya.

    * Moga kursus ini aku dapat A.amin....