Tuesday 15 May 2012

16 Mei


"Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru saya yang mengajar dari Tadika Kemas, SK Kangkong,Kedah, Maktab Mahmud Pokok Sena Kedah, Maktab Mahmud Alor Setar Kedah, Kolej Matrikulasi Perlis, Universiti Kebangsaan Malaysia, Terima kasih segalanya untuk di dunia dan akhirat. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalas budi baik kalian."


Secara tulus ikhlasnya

Alhamdulillah saya, Adib Nazmi Bin Azhar berkesempatan mempunyai guru yang ramai. Pertamanya Alhamdulillah syukurku kerana Allah menjadi guru pertamaku. Mengajar aku bagaimana untuk keluar dari rahim ibu dan menangis. Guru keduaku, Noorlida Binti Saad yakni ummi kesayanganku. Mengajar aku berusaha gigih dalam menghadapi apa jua cabaran bermula dengan meloloskan diri dari rahim ibuku. Guruku yang ketiga, Azhar Bin Ahmad yang mengajarku perkara pertama yang perlu aku ingat selalu "Allahu Akbar, Allah Maha Besar". Kebesaran Illahi telah menemukan aku dengan begitu ramai guru. Guru bagiku adalah sesiapa sahaja yang pernah memarahi aku, menegur aku, mengajar aku, menasihati aku, menolong aku, membakar semangatku. Hidup aku takkan lengkap tanpa guru. Guru yang memberi aku panduan hidup dengan baik cuma aku kurang manfaatkannya. Jika aku benar-benar memanfaatkan kesemuanya nescaya aku lebih berjaya dari sekarang dalam pelbagai bidang. Tapi aku juga tidak lupa kepada pengalaman, alam flora dan fauna serta kejadian alam yang turut menjadi guruku.

Aku masih merangkak di dunia. InsyaAllah aku bertekad untuk terus berusaha gigih agar aku mampu menyumbang kepada semua guruku terutama yang mengajarku pada awal kehidupanku sehingga sekarang.

Buat guru-guruku, walau di mana jua anda berada sekarang, doa dari anak muridmu ini tidak pernah putus tiap kali solatnya dan bila teringatkan pesanan anda semua.

Kalian ternyata hebat bagiku. Mengubah kehidupan aku dengan izin Allah yang Maha Kuasa.

Guru, insan yang cukup teristimewa dalam hidupku.

Buat guru-guruku yang telah pulang ke rahmatullah, semoga engkau selamat di sana dan ditempatkan di sisiNya.

Buat mendiang guru2ku, aku tetap berdoa moga kalian dikurangkan seksaan dariNya.

Kepada guru-guruku yang masih hidup, aku doakan kejayaan dan kebahagiaan kalian di dunia dan di akhirat.

Semoga kita terus berusaha menjadi hambaNya yang bertaqwa.

Selamat Hari Guru/Pensyarah. =)