Sunday, 29 April 2012

Berita Terkini 2 : Southampton kembali

        
Southampton kembali ke liga perdana inggeris selepas 7 tahun

Berita pada kali ini adalah tentang pasukan bola sepak aku yang aku minati sejak usia 13 tahun iaitu Southampton. Kelab ni berpangkalan di Southampton selatan England. Untuk pengetahuan pembaca semua Southampton adalah tempat dimana kapal Titanic  yang karam tu memulakan pelayaran.

Kembali pada cerita asal pada musim 2004/2005 southampton diturunkan liga daripada liga perdana inggeris kepada liga kejuaraan selepas 67 tahun bertahan di saingan liga elit. Berikut kedudukan tercorot Southamton dalam liga perdana Inggeris.


Namun malang terus menimpa Southampton dimana pada musim 2008/2009 mereka diturunkan ke saingan liga satu iaitu liga divisyen ketiga inggeris. Sehinggalah pada musim 2010/2011 southampton berjaya menduduki tangga kedua dalam liga satu dan sekali gus layak secara automatik ke liga kejuaraan. Southamton tidak menunggu lama dan mereka melakukan perkara sama pada musim ini 2011/2012 apabila berjaya menduduki tempat kedua dan layak secara automatik ke saingan liga elit inggeris pada musim 2012/2013.

Semoga anak didik Nigel Adkins terus berjaya dalam saingan elit liga inggeris pada musim 2012/2013 dan menyaingi Arsenal,Liverpool,Manchester United,Manchester City dan Chelsea.


Kedudukan liga yang membawa Southampton kembali ke dalam saingan elit


sekian






Pelajaran 6 : Cara guna layout

Pilihan 'Layout' dalam Blogger adalah satu template bagi kerja-kerja mengedit mudah guna di mana anda boleh mengubahsuai kerangka template Blogger anda tanpa memerlukan pengentahuan mengenai kod HTML atau CSS. Dengan hanya menggunakan kemudahan tetikus anda boleh mengubahsuai warna, huruf tulisan, header dan sidebar blog anda. Pilih tab 'Layout' dan tab 'Page Elements' di bawahnya.



Mengubahalih 'elements' Dalam Tamplate Anda
Bagaimana mengatur 'elements' dalam template anda.
Anda boleh mengatur 'elements' dalam 'template' anda mengikut kedudukkan yang anda suka. Klik mana satu element yang hendak dipindahalih heret dengan tetikus anda dan tempatkan ia di mana tempat yang anda suka. 'Elements' ini boleh diletakkan di bahagian bawah atau atas petak pos anda atau di mana-mana bahagian dalam 'sidebar'. Dalam sesetengah 'template' anda tidak boleh mengalih 'navbar', pos dan 'header' template anda.






Mengedit 'Elements' Dalam 'Template'
Berikut adalah apa yang boleh diubah sekiranya anda klik 'edit' dalam mana-mana 'element':-
  • Navbar: Anda boleh memilih warna yang sesuai untuk 'Navbar' anda.
    Header: Anda boleh meminda nama kepada setiap 'element', tambah atau pinda 'header' blog anda yang mengandungi tajuk dan deskripsi bagi blog anda.
    Blog posts: Pilihan berapa jumlah pos yang hendak dipaparkan dalam satu blog, samada jumlah pos mengikut jumlah hari ataupun mengikut bilangan pos untuk dipaparkan dalam muka induk blog anda. Anda boleh memilih pautan pos email untuk menunjukkan kepada pengunjung dan pembaca blog anda sebagai kemudahan bagi mereka untuk menghantar pos yang anda tulis kepada rakan lain menggunakan email.
  • Profile: Edit atau tambah tajuk profil anda, perbetulkan deskripsi profil dan mengubah lokasi 'element' profil ini.
  • Blog archive: Edit atau ubah tajuk arkib, pilih bentuk paparan samada hiraki, senarai susunan dan 'dropdown', susunan pos mengikut tarikh ianya ditulis, kekerapan arkib samada bulanan, mingguan atau harian dan format bentuk tarikh pos.
Bagaimana Menambah 'Page Element'

Anda boleh menambah beberapa 'page element' kepada muka pos anda, pada side bar dengan memilih dan klik 'Add a Page Element'. Pilihan ini akan membuka tetingkap yang berisi beberapa pilihan untuk 'page element' yang diperlukan. Pilih mana satu pilihan yang dikehendaki dan klik "Add to Blog' di bawahnya:-


  • List: Tambah lis yang diberi taju, pilih berapa item yang hendak disenarai dalam lis, susun lis mengikut susunan abjad atau tambah pautan pada lis untuk element anda.
  • Link List: Tambah senarai pautan dalam blog anda yang boleh diberi tajuk senarai, pilih berapa item yang perlu dipapar di bawah lis pautan, dan susun senarai mengikut abjad.
  • Labels: Tambah senarai semua label yang anda guna dalam pos anda, klik setiap pautan untuk melihat muka yang memaparkan semua pos-pos di bawah label berkenaan. Ubah tajuk senarai label, susun mengikut abjad atau kekerapan penggunaan.
  • Picture: Tambah gambar-gambar dari dalam komputer anda atau dari mana-mana laman web. Gambar boleh diberi tajuk dan boleh dikecilkan saiznya untuk disesuaikan dalam blog.
  • Text: Tambah tek dalam blog anda misalnya mesej selamat datang atau nota kaki, boleh juga guna Blogger 'rich text editor'.
  • HTML/JavaScript: Guna pihak ketiga punya kod skrip dalam blog anda.
  • Feed: Tambah artikel dari lain 'site feed', masukkan alamat URL 'feed' dan klik 'Continue'. Boleh diberi tajuk dan pilih berapa item yang perlu ditunjuk (sehingga 5 item), logo, tarikh atau pengarang item artikel dengan menandakan petak bersangkutan.
  • Logo: Boleh meletak logo Blogger dalam blog anda.

Pelajaran 5 : Cara daftar blog di enjin carian


Bagaimana website kita tersenarai untuk dicari? Seperti mana ramai yang sedia maklum terdapat pelbagai cara supaya website atau blog kita mudah tersenarai di engine carian. Antara cara yang boleh kita buat ialah ping entry di pingler, innit nuffnang, total ping dan pelbagai jenis lagi. Tapi kali ini  saya nak kongsi agar blog kita terindeks pada mesin pencari, maka kita harus terlebih dahulu mendaftarkan blog milik kita pada website mesin pencari. Terdapat banyak search engine seperti Google, Yahoo serta Bing supaya blog akan terindeks di dalam carian. Apabila blog kita ingin terindeks pada mesin pencari mereka, maka kita hendaklah mendaftarkan URL blog kita.
senarai enjin carian

Daftar Google

gambar logo google
Cara untuk mendaftar blog ke google;
STEP 1
Buka browser dan kunjungilah website; http://www.google.com/addurl/
STEP 2
Apabila sudah berada pada halaman pendaftaran ada beberapa langkah yang harus dilakukan iaitu dengan mengisi form yang disediakan;
URL: Isi dengan URL blog anda.
Comments: Isi dengan keyword (kata kunci) yang berhubungan dengan blog korang.
Word verification: Isi dengan huruf pengesahan yang diberikan.
STEP 3
Kemudian, klik Add URL. Selesai.

Daftar Yahoo!

gambar logo yahoo
Cara untuk mendaftar blog ke yahoo!;
STEP 1
Buka browser dan kunjungi website; https://siteexplorer.search.yahoo.com/submit
**Untuk mendaftar ke yahoo, anda harus terlebih dahulu mempunyai account yahoo kerana perlu log in terlebih dahulu ke account yahoo. Bagi yang sudah ada akaun yahoo, boleh terus login dengan username dan password korang.
STEP 2
Apabila sudah berada pada halaman pendaftaran ada beberapa langkah yang harus dilakukan ialah;
1) Klik Submit a Website or Webpage.
2) URL: Isi dengan URL blog anda.
3) Kemudian, klik Submit URL. Selesai.
STEP 3
Step 3 ini bagi memasukkan alamat feed dengan ikuti langkah berikut.
1) Klik Submit A Website Feed.
2) URL: Isi dengan URL blog anda.
3) Kemudian, klik Submit Feed.
4) Korang hanya perlu masukkan atom.xml dan klik Add Feed.
**Bagi alamat feed di blogger hanya tinggal menambahkan atom.xml atau rss.xml di belakang URL blog korang. Contohnya;
http://www.ciktom.com/atom.xml
http://www.ciktom.com/rss.xml

Daftar Bing

gambar logo bing
Cara untuk daftar blog ke Bing;
STEP 1
Buka browser dan kunjungi website; http://www.bing.com/webmaster/SubmitSitePage.aspx
STEP 2
Apabila sudah berada pada halaman pendaftaran ada beberapa langkah yang harus dilakukan iaitu dengan mengisi form yang disediakan;
1) Word verification: Masukkan dengan huruf pengesahan yang diberikan.
2) URL: Masukkan dengan URL blog korang.
STEP 3
Kemudian, klik Submit URL. Selesai.
**************************
Apabila selesai mendaftar blog korang. Sila tunggu untuk blog korang terindeks dan tersenarai dalam enjin carian. Daftar blog pada enjin carian ini tak perlu dibuat setiap hari. Cukup sekadar sekali seminggu atau mengikut tahap kerajinan korang. ^_^
sekian

Bisnes Ku 2 : Promo KS

                               
                                                           

Kami Shorpe Center menawarkan pelbagai pilihan pakaian sukan terbaik pada harga terendah di pasaran. Produk yang ditawarkan KS adalah seperti :

1) Baju Jersi
2) Seluar track
3) Jaket
4) T-shirt

Seterusnya,bersempena dengan EURO 2012,KS telah mengambil peluang ini untuk menawarkan jersi pasukan bola sepak yang bertanding dalam EURO 2012 seperti Itali,Perancis,England dan Jerman serta tak lupa juga jersi pasukan Sepanyol yang nerupakan juara bertahan EURO.

lawati page facebook kami di link http://www.facebook.com/pages/KMI_sH0RPe-cENtRe/325671750786477  harap kawan2 semua like sebagai tanda sokongan kepada KS.

segala urusan boleh terus berhubung dengan saya. Kunjungi juga booth kami di pusanika aras 2 di hadapan bilik rakan muda dari 30-4 mei 2012.