Monday, 23 April 2012

Tutorial 1 : Komen Video

Assalamualaikum. Pada kelas bertarikh 24 April 2012 bertempat di bilik tayangan 1 Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL) encik Azzwan meminta kami semua dalam set 5 untuk memberi komen tentang dua video korporat UKM. Baiklah video yang di maksudkan tu adalah ( da hyperlink saja klik la ya):

                  1)  Dari Kaca mata Pelajar
                  2)  Video Korporat UKM

Yang pertama aku nak komen tentang Video Dari Kaca Mata Pelajar. Video ni mengisahkan tentang persikataran UKM yang indah nan permai. Ia juga menggambarkan kemudahan yang ada dalam UKM seperti babak yang memaparkan perkhidmatan bas dalam UKM serta kepelbagaian perniagaan dalam UKM dengan memaparkan teres eko niaga di sebelah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP). Walaupun terdaapt rakan-rakan didalam kelas yang memberi pendapat negatif tentang video ni,tapi aku tak setuju dengan mereka. Kerana bagi aku video ni digunakan untuk menonjolkan imej baik UKM di mata masyarakat malaysia,walaupun ada yang mengatakan video ni hanya tonjolkan kebaikkan UKM dan tak logik,mereka perlu fikir jika kita nak promosi diri kita,perlu ka kita dedah kelemahan kita? jadi untuk video ni memang dah sempurna bagi menggambarkan keselesaan belajar di UKM.

Yang kedua berkenaan video korporat UKM. Berdasarkan pengalaman aku menjadi fasi untuk promo UKM dekat Kolej Matrikulasi Perlis (KMP), semasa giliran UKM untuk sampaikan ceramah kami telah gunakan video UKM ni untuk memperkenalkan UKM kepada pelajar-pelajar KMP secara sepintas lalu sebelum taklimat yang lebih khusus. Dari maklum balas yang kami dapat, pelaja-pelajar nyata berminat dengan UKM walaupun semasa sesi taklimat kami ada beritahu kesukaran belajar di UKM namun pelajar-pelajar tetap bersemangat untuk tahu lebih lanjut tentang UKM sehingga meneggelamkan promosi dari UUM dan USM yang sebelumnya turut memaparkan video korporat mereka.

sekain.


No comments:

Post a Comment