Southampton kembali ke liga perdana inggeris selepas 7 tahun
Berita pada kali ini adalah tentang pasukan bola sepak aku yang aku minati sejak usia 13 tahun iaitu Southampton. Kelab ni berpangkalan di Southampton selatan England. Untuk pengetahuan pembaca semua Southampton adalah tempat dimana kapal Titanic yang karam tu memulakan pelayaran.
Kembali pada cerita asal pada musim 2004/2005 southampton diturunkan liga daripada liga perdana inggeris kepada liga kejuaraan selepas 67 tahun bertahan di saingan liga elit. Berikut kedudukan tercorot Southamton dalam liga perdana Inggeris.
Namun malang terus menimpa Southampton dimana pada musim 2008/2009 mereka diturunkan ke saingan liga satu iaitu liga divisyen ketiga inggeris. Sehinggalah pada musim 2010/2011 southampton berjaya menduduki tangga kedua dalam liga satu dan sekali gus layak secara automatik ke liga kejuaraan. Southamton tidak menunggu lama dan mereka melakukan perkara sama pada musim ini 2011/2012 apabila berjaya menduduki tempat kedua dan layak secara automatik ke saingan liga elit inggeris pada musim 2012/2013.
Semoga anak didik Nigel Adkins terus berjaya dalam saingan elit liga inggeris pada musim 2012/2013 dan menyaingi Arsenal,Liverpool,Manchester United,Manchester City dan Chelsea.
Kedudukan liga yang membawa Southampton kembali ke dalam saingan elit
sekian


No comments:
Post a Comment